CHECKLIST MAJLIS PERKAHWINAN
Assalamualaikum W.B.T
Salam sayang
semua..Salam Pengantin 1Malaysia..haha,since entry kali ni khas untuk bakal
pengantin, so cik tyaa ucap lah SALAM PENGANTIN SATU MALAYSIA.. Entry kali ni
Cik Tyaa nak share dengan BRIDE TO BE sekalian list atau senarai untuk
persiapan majlis perkahwinan..
Korang yang
nak kahwin ni mesti tengah PENING kan sekarang??Yela, majlis tinggal lagi 5-6
bulan tapi satu persediaan pun tak buat lagi..ada pulak tu yang rasa masih awal
untuk buat persiaapan then tak tahu nak start dari mana..
GIRLSSS,
NEVER EVER EVER EVER PLAN YOUR WEDDING LAST MINUTE..WARNING dari Cik Tyaa
TERSAYANG..Kahwin ni sekali je seumur hidup, so kita kena la rancang dengan
sebaiknya..
Kalau nak
senang lagi,rajin -rajin kan la diri bertanya dengan family atau kawan-kawan
yang ada pengalaman..risau pulak Cik Tyaa kalau korang pikir
sorang-sorang..STRESS pulak nanti..NO STRESS STRESS YA PADA BRIDE TO BE..
So, jom kita
check sama2 CHECKLIST UNTUK MAJLIS KAHWIN:
1. DAFTAR
KURSUS KAHWIN
KURSUS
KAHWIN ni WAJIB ye sayang..Kalau tak pergi kursus ni, adik jangan mimpi nak
kahwin ye..KURSUS KAHWIN ni selalunya 2hari je..harga dalam RM120 sekali dengan
makan n minum..
Boleh pergi
sekali dengan pasangan..Tapi tak boleh duduk sebelah-sebelah ye..Nanti ustaz
marah..HARAMMMM..SEBAB BELUM KAHWIN..
2. MEDICAL
CHECK-UP (HIV TEST)
Okay..yang
ni pun WAJIB dibuat oleh bakal pengantin..Ujian ni hanya dibuat di Klinik
Kerajaan sahaja ye..Hasil ujian ni, korang kena kepilkan bersama dengan dokumen
lain di pejabat Agama..
Borang dan
dokumen ni selalunya kita boleh dapatkan dari PEJABAT AGAMA..tak silap Cik Tyaa
sekarang borang tu korang boleh print ONLINE je..Try google Pejabat Agama ikut
negeri korang..sebab lain negeri, lain dokumennya..
Dokumen ni
mesti dilengkapkan sebelum dihantar ke PEJABAT AGAMA ye..tak lengkap nanti TOK
KADI tak nak nikahkan korang..hihi..
4. BARANGAN
HANTARAN
Beli barang
hantaran. Buat perancangan dengan pasangan dan senaraikan barangan yang hendak
di beli..so senang nanti korang nak kira bajet untuk setiap barang..so tak da
la membazir..
5. PILIH
TARIKH & LOKASI
Tarikh dan
lokasi majlis ni penting ye..Pilih tarikh majlis sekurangnya 6 bulan akan
datang..kalau boleh, jangan la pilih minggu pertama raya..Masa ni semua orang
nak raya, mak andam pun nak raya jugak..
Untuk
lokasi,kalau korang buat kat rumah tak pe..TAPI kalau buat kat DEWAN, kena la
booking awal..Pilih dewan pun, korang kena la pandai pilih dewan yang muat
dengan jemputan yang korang nak buat tu..
6. TEMPAH KATERING
/ PELAMIN
Untuk
katering dan pelamin ni, korang tak boleh BOOKING LAST MINUTE ye..Cik Tyaa
cadangkan korang BOOKING at least 6 Bulan sebelum majlis..Untuk katering,
pastikan pilih yang servis TIP TOP dan of course la SEDAP kan..
Jangan lupa
buat FOODTEST dulu ye..Then bila nak sama-sama setuju baru la proceed kepada
deposit pendahuluan..
PELAMIN pula
selalunya akan ditempah sekali dengan BUSANA DAN ANDAMAN..So make sure korang
pilih yang korang suka..KAHWIN SEKALI JE TAU..make sure korang puas hati dengan
pilihan korang tu..
7. TEMPAHAN
KAD KAHWIN
Pastikan
korang tetapkan dulu bilangan tetamu sebelum
tempah ye..jangan membazir kad..selalu kalau di MAHLIGAI IMPIAN JOHOR,
kiraan kad jemputan adalah satu kad bersamaan dengan 3pax..
Cik Tyaa
cadangkan korang bincang dengan pihak katering untuk pengiraan kad jemputan..ni
untuk elakkan isu makanan tak cukup disebabkan jemputan yang terlalu ramai..
8. CARI
SOUVENIR & BUNGA TELUR
Selalu kalau
bab-bab ni,better korang bawa mak atau keluarga terdekat..mereka lebih arif
untuk pemilihan doorgift ni..make sure korang cari yang sesuai dengan bajet
korang..dan kalau boleh biarlah beri manfaat kepada tetamu yang dapat tu..
Okay, bila
dah selesai dengan semua CHECKLIST di atas, in SHAA ALLAH you are
READYYYYY..boleh tenangkan diri, rilex - rilex kat SPA..Tenangkan diri sebelum
majlis..hihi
So, Cik Tyaa
harap CHECKLIST ni dapat membantu bakal2 pengantin sekalian..Semoga majlis
berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan..AMIN
SALAM
SAYANG,
CIK TYAA
MAHLIGAI
IMPIAN JOHOR
website : www.mahligaiimpianjohor.com
Comments
Post a Comment