5 TIPS MEMILIH SERVIS KATERING


Assalamualaikum W.B.T

Hi semua!! Apa khabar? Cik Tyaa doakan semua sihat-sihat belaka ye.. Seronok ye bulan 9 ni..Banyak betul cuti..Korang seronok la dapat cuti, Cik Tyaa kena kerja.. Yela, bila kita berada dalam bidang servis @marketing ni, susah sikit la nak cuti..

Okay, TERMENGADU nasib pula dengan korang..hahaha..btw, ENTRY kali ni Cik Tyaa nak kongsikan TIPS MEMILIH SERVIS KATERING..Tips ni korang boleh gunakan untuk elakkan diri daripada ditipu..




So disini Cik Tyaa share kan 5 TIPS MEMILIH SERVIS KATERING :

1. COMPANY BACKGROUND



Sebelum korang booking untuk KATERING ni, please buat research dulu ye.. jangan main booking je.. KATERING ni adalah main dalam sesebuah majlis ye..pelamin tak ada tak apa, tapi makan mesti mau ada..

Cuba dapatkan sedikit informasi tentang pengalaman atau feedback dari pelanggan-pelanggan sebelum ni..Lebih banyak testimoni lebih baik..

2. QUOTATION



Quotation sangat penting ye..cuba dapatkan quotation yang lengkap..confirmkan betul2 HARGA, PERALATAN dan MAKANAN..Pastikan apa yang syarikat KATERING offer pada korang tertulis dalam quotation ni..

Quotation ni korang kena simpan sampai la HARI MAJLIS korang..so korang boleh check sama ada apa yang dijanjikan tu korang dapat atau tidak..

3. HARGA VS KUALITI



Yang ni Cik Tyaa selalu marah ye..kebanyakkan orang tw nak murah je,kualiti korang tolak belakang..then bila ada masalah, baru nak bising2..Cik Tyaa cam nak jentik je sorang2..

korang kena la utamakan kualiti..KAHWIN ni sekali je kot seumur hidup..Please jangan kelabu mata dengan harga murah..macam mana nak tau kualiti SYARIKAT KATERING tu? boleh tengok pada TESTIMONI atau FEEDBACK dr customer lain..

4. FOOD TESTING



Selalunya, kalau SYARIKAT KATERING ni memang akan ada buat FOOD TEST SESSION..kalau tak ada pun, korang kena minta..Pastikan korang mencuba menu yang korang pilih tu..

Food test ni selalu MAK AYAH la yang rasa..orang-orang muda ni rasa makanan semua sedap..tolak batu ngan kayu je..lain semua sedap..hahaha

5. APPOINTMENT



Elakkan booking KATERING SERVICE ni melalui ONLINE..Booking KATERING ni bukan macam beli barang ye boleh online2..Banyak details yang perlu dibincangkan sebelum proceed kepada booking..

Contohnya, pilihan menu, kiraan jemputan dan lain2..FACE TO FACE adalah medium terbaik untuk korang BOOKING sebarang SERVIS KATERING ni..

Okay, done sharing 5 TIPS MEMILIH SERVIS KATERING..Cik Tyaa harap dapat bantu bakal-bakal pengantin kat luar sana.. jemput la visit fb page Cik Tyaa @tyaamahligaiimpian untuk tengok promosi PAKEJ KATERING dari Cik Tyaa..

Nanti kita sambung lagi okay..agak2 Cik Tyaa share TIPS apa ye lepas ni??HAA, kena la tunggu..

SALAM SAYANG,

CIK TYAA
MAHLIGAI IMPIAN JOHOR


website         : www.mahligaiimpianjohor.com

Comments

Popular posts from this blog

KATERING vs REWANG vs UPAH

NORMAN HAKIM NAK KAHWIN LAGI??

APA ITU MAHLIGAI IMPIAN